TAWAU, 25 OKT: Seorang bekas guru besar hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan salah guna kuasa, membabitkan projek pembekalan makanan Rancangan Makanan Tambahan Sekolah (RMTS) bernilai RM45,961 kepada syarikat milik isteri dan anaknya.